"MAK! Aara tak salah mak. Aara tak buat kerja terkutuk macam ni. Ni semua salah faham. Semuanya berlaku sekelip mata. Mak tak boleh percaya sebelah pihak macam ni. Aara anak mak. Mak kena percaya Aara!" rayu aku bersungguh-sungguh. Mana boleh macam ni! Aku tak buat. Bermakna aku betul-betul tak buat. Aku masih ada akal dan fikiran. Tak tergamak aku nak tolak diri aku ke lembah maksiat macam tu!
Pang! Pipiku terteleng ke kanan. Air mata aku deras mengalir. Mak... kenapa mak begitu cepat percayakan mereka daripada anak mak sendiri? Apa salah Aara? Aara tak pernah hampakan mak sebelum ni. Aara kena fitnah mak.
"Kau tu datang daripada keluarga yang miskin. Aku sedar yang aku tak dapat nak besarkan kau dengan kemewahan. Tapi, jangan kau sanggup malukan diri kau dengan cara macam ni. Maruah aku, kau pijak-pijak macam tu je! Kau nak jadi apa, Aara?"
Aku menggelengkan kepala laju. Berkali-kali tanpa henti dengan air mata yang mengalir bagaikan air terjun. Sungguh hatiku sangat pilu. Kenapa mak percayakan mereka? Tak akan disebabkan mereka orang kaya, mak pilih untuk mempercayai mereka daripada aku? Ya Allah...
"Kau dah malukan aku, Aara. Kau dah pijak maruah aku. Aku tak boleh terima apa yang jadi sekarang ni..."
Lihat air mata mak yang mengalir berjuraian membuatkan dada aku semakin ketat. Mak, sumpah mak. Aara tak buat semua tu, mak. Ya Allah... percayakan Aara, mak...
"Tuan, puan, saya betul-betul minta maaf. Saya tak sangka anak saya sanggup buat macam ni. Saya betul-betul minta maaf."
Aku terkesima. Mak minta maaf pada mereka? Kenapa? Kenapa sedikit pun mak tak nak percaya pengakuan aku? Ni semua salah faham. Aku tak buat apa-apa. Dia yang mulakan semua ni!
"Calm down, Mak Azi. Kita boleh selesaikan masalah ini. Saya cuba untuk terima keadaan yang telah terjadi ini," ujar Jessica, isteri kepada Ivander. Majikan mak dan merupakan majikan aku juga. Lelaki itu yang telah memfitnah aku. Aku tak pasti isteri dia tahu atau tidak sebenarnya. Aku tahu, mereka sengaja perangkap aku!
"Tapi, macam mana? Apa perlu saya dan anak saya buat?"
"Untuk tutup kes ini, saya rasa lebih baik saja Aara berkahwin dengan suami saya. Mereka pun telah bersama. Saya dah tak boleh nak kata apa. Semua ni jadi sekelip mata. Saya sendiri pun tak tahu apa yang sebenarnya terjadi."
Membulat mata aku mendengar kata-kata Jessica. Gila ke apa? Aku dengan suami dia berkahwin? Dan, aku dengan dia jadi madu? What the...
"No way! Aku tak naklah!" tempik aku sekuat hati. Kenapa semua orang senang-senang aje buat keputusan tanpa minta pendapat aku? Tanpa dengar luahan aku? Kenapa?
"Aara Malika! Aku tak pernah ajar kau biadab macam ni. Apa nak jadi dengan kau ni, Aara? Mak ingat kau makin besar makin cerdik. Tapi, makin bodoh! Kau sedar tak kau dah malukan, mak?"
Zup! Hati aku bagaikan ditusuk dengan anak panah beracun. Mak merendah-rendahkan aku di hadapan orang ramai? Aku sedar yang aku sekolah pun tak habis. Tapi, aku bukan saja-saja tak habis sekolah. Aku daripada keluarga yang susah! Bukan berkepuk-kepuk duit dalam bank macam mereka ni! Aku berhenti sekolah sebab aku tak sanggup tengok mak susah. Sakit. Siang dan malam tak habis-habis bekerja. Adun tepung. Uli tepung. Untuk buat kuih dan jual. Aku nak tolong mak jual kuih sebelum mak dapat kerja dekat rumah orang hartawan ni.
"Mak, sampai hati mak cakap Aara macam tu? Sikit pun Aara tak buat semua ni, mak. Aara kena perangkap, mak!"
"Sudah, Aara! Kau jangan nak buat cerita. Kau dengar apa yang Puan Jessica cakap tadi? Kalau kau nak tengok muka aku lagi. Kau dengar cakap dia! Dengar cakap aku. Kau jangan nak jadi anak derhaka!"
Aku membungkam. Ya Allah... apa yang harus aku lakukan sekarang ni? Aku tak nak kahwin dengan dia, Ya Allah. Tolonglah! Aku tak nak...
"Mak... Aara merayu mak. Jangan paksa Aara untuk kahwin dengan dia. Aara tak nak, mak. Tolong mak..." Aku memeluk kaki mak sambil menangis teresak-esak.
"Ya Allah, Aara. Kau dah kenapa? Tak cukup lagi ke kau dah malukan, mak! Kahwin dengan dia atau aku tak mengaku kau anak aku lagi." Mak menepis aku sehingga pelukan aku pada kakinya terlerai. Dia berlalu meninggalkan aku menuju ke dapur.
"Aara, don't cry. Everything will be fine. Please..." Ivander memegang kedua-dua belah bahu aku. Pantas aku menepis tangannya kuat.
"Kau jangan sentuh aku. Puas hati kau, kan? Dapat lepaskan nafsu serakah kau dekat aku? Aku jijik dengan kau!"
"Watch your words, Aara. Kau yang goda laki aku. Kalau tak, laki aku tak akan tewas dengan kau," ujar Jessica penuh selamba. Siap bersilang tangan lagi. Kau fikir aku takut ke dengan korang berdua?
"Aku goda laki kau? Excuse me, aku tak pernah terniat langsung nak goda laki kau yang miang keladi ni. Dasar lelaki prevert! Aku duduk dalam rumah ni hanya menjalankan tugas aku sebagai pembantu rumah! Bukan sebagai seorang penggoda. Kalau aku nak jadi penggoda, buat apa aku kerja sini? Kaya-raya pun tapi bodoh juga. Bebal..." Sinis aku membalas balik. Suka-suka aje tuduh aku yang goda suami dia. Tak ingin punlah aku nak goda laki dia. Kalau muka macam Tom Holland ke, Chris Evans ke tak apa juga? Ini muka macam bangunan tak siap aje. Tak ada hati aku nak goda dia!
"Nak tak nak, kau kena kahwin dengan dia. Kalau tak, kau dengan mak kau merana seumur hidup. Kau jangan main-main dengan kita orang..."
Cis! Mengugut. Tak apa. Silakan dengan ugutan korang tu. Jangan haraplah aku akan bertahan dalam perkahwinan dengan lelaki kau tu. Aku akan lepaskan diri aku juga.
Walaupun bukan sekarang. Tapi, akan datang. Tunggu aje!
RAMAItetamu sudah berkumpul di ruangan masjid. Tok kadi juga sudah lama sampai ketika aku sedang bersiap di dalam bilik khas. Ya, hari ini aku akan menamatkan zaman bujang aku bersama lelaki yang aku cintai. Dia juga telah menabur janji akan sehidup semati dengan aku."Aara, mana Arif? Sampai sekarang tak sampai-sampai. Dah pukul berapa dah ni?" soal mak sambil menjengahkan kepalanya di sebalik pintu bilik. Aku terdiam sejenak sebelum mencapai telefon bimbitku yang terletak di atas meja. Jurusolek yang diupah meminta diri untuk keluar."Tak sampai lagi? Biar betul. Patutnya sekarang dia dah ada kat depan tok kadi." Jantung aku mula berdegup kencang. Hati mula terasa tidak sedap."Aara, kamucalldia. Dah pukul berapa ni, semua orang
"AARA!Dah siap ke belum? Kereta tu dah sampai!" jerit mak dari luar bilik aku. Nasib tak bergegar rumah dibuatnya. Tahulah teruja sangat nak pergi rumah mewah. Kut ya pun tak payahlah menjerit sampai bergema-gema suasana rumah. Mahu terdengar jiran sebelah."Ya, mak! Dah siap!" Segera aku menggalas beg pada bahu. Sempat lagi aku memeriksa sekeliling bilik aku. Takut-takut ada barang penting yang tertinggal. Sudahlah nak pergi jauh. Jenuh pula nanti nak patah balik bagai."Dah, mak. Jomlah."Mak menganggukkan kepala. Pandangan aku terpaku pada sebuah kereta yang berhenti betul-betul di hadapan rumah kami. Terkejut aku dibuatnya. Mewah betul kereta.Vellfirewarna putih berkilauan! Ini kali pertama aku tengok kereta mewah macam ni depan mat
PAGI-PAGIlagi dah kena ceramah dengan mak. Tak habis-habis tuduh aku yang bukan-bukan. Kecil hati macam ni. Mak ni kenapalah lamgsung tak percaya aku. Tak terniat aku pun nak goda suami Si Jessica tu lah. Tak tergamak aku nak rampas-merampas kekasih hati orang. Orang aje yang selalu rampas kekasih aku. Benci macam ni!"Ciao(Hello), Aara Malika."Satu suara garau membuatkan aku menoleh ke belakang secara mengejut. Ya Allah, boleh tercabut jantung aku. Itulah padahnya banyak sangat mengelamun."Ya?" Dahi aku berkerut halus. Siapa lelaki di hadapan aku ni? Semalam tak ada pula nampak. Aku fikirkan Tuan Ivander dengan Puan Jessica saja penghuni rumah ni. Dan, macam mana dia boleh tahu nama aku?"Nice name.Aku Rae." Salam dihulur untuk berjabat tangan. Perlu ke aku sambut salam dia? Eh, haram kan? Ya Allah."Sorry. Saya tak boleh salam awak. Bukan mahram." Kekok aku mengukir
Will you love me when my heartbeat stops?When my heartbeat stops, will you stay mine?Will you promise me you'll search for us?Will you find me afterlife?DENGANsenang hati aku menyanyi sambil menggelek punggung ke kiri dan ke kanan. Mujur saja aku terselamat semalam daripada bebelan mak. Ivander langsung tak bagi Jessica mengadu apa-apa dengan mak aku. Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada dia. Tak sangka aku majikan aku ni baik juga rupanya."Amboi...senangnya hati kau ya, perempuan..."Gelekan aku terhenti saat terdengar suara Jessica menegurku dari belakang. Aku mengelap tangan kemudian menutup paip singki sebelum menoleh ke arahnya."Ya, puan?" so
Kala ku pandang kerlip bintang nun jauh di sanaSayup kudengar melodi cinta yang menggemaTerasa kembali gelora jiwa mudakuKarena tersentuh alunan lagu semerdu kopi dangdut,Api asmara yang dahulu pernah membaraSemakin hangat bagai ciuman yang pertamaDetak jantungku seakan ikut iramaKarena terlena oleh pesona alunan kopi dangdut...SYOKbetul menyanyi dan menarik sambil mengemop lantai rumah. Kalau tak, memang layulah aku pegang batang mop ni macam tak ada perasaan. Apalah nasib menjadi seorang pembantu rumah, hari-hari kena mop lantai rumah agam ini. Boleh tercabut semua anggota badan macam ni gayanya. Mujur saja gaji lumayan dengan kerjanya. Kalau tidak, memang aku berhenti awal-awal.
"MAK,mak janganlah percayakan dia orang. Aara tak buat pun semua tu. Aara buat kerja Aara aje, mak. Apa yang Puan Jess mengadu dekat mak tu semuanya...""Mak tak nak dengar semua tu. Tak akan majikan sendiri nak buat cerita pasal pekerja dia. Mengarut Aara. Ni kali terakhir mak dengar dia mengadu pasal kau lagi. Mak nak kerja sini lama. Kau jangan nak burukkan maruah mak."Laju aje mak mencantas percakapan aku. Apalah nasib aku? Sejak mak kerja sini, aku tengok mak banyak berubah. Tak macam dulu dah. Selalu menangkan majikan dia daripada anak dia sendiri. Entahlah sampai bila aku boleh bertahan kerja dekat sini. Patut ke aku kumpul duit kemudian larikan diri?"Dah, pergi kemas dapur sana. Mak nak naik atas. Puan Jess panggil."
"KAUbasuh baju apa, kalau ada kotor macam ni? Kau ikhlas ke tak nak bekerja ni,hah?"Pagi-pagi lagi aku dah kena hadap makian Jessica. Disebabkan ada secalit kesan sabun pada blausnya. Aku betul-betul tak sengaja. Biasanya kalau aku basuh semua baju dalam rumah ni, bersih aje. Tak tahu kenapa hari ini aku boleh terlepas pandang."Ahh!Sakit..." Aku meringis kesakitan saat Jessica merentap rambutku sehingga kepalaku terdongak."Kau ingat aku tak tahu ke, apa kau buat bila aku kat atas. Suami aku jumpa kau, kan?"Aku tak tahu sama ada nak geleng atau angguk. Memang setiap hari boleh dikatakan, Ivander mesti mencuri-curi masa untuk berjumpa dengan aku.Po
"NIsiapa, Aara?" soal Arif dengan kerutan pada dahinya. Dan sekarang ni aku tak tahu nak jawab apa untuk soalan dia. Dah kenapa Rery boleh ada dekat sini? Aku fikirkan Rae tadi sebab suara dia dengan adik dia lebih kurang sama. Garauplusserak basah."Akusomeone specialdia. Kau siapa, ya?" ujar Rery dengan cukup selamba.Is he pretend to be my boyfriend?Maknanya dia tahu situasi ni sejak awal lagi.But how can he know?Dia intip aku dari tadi ke?"Tak mungkin." Arif sepertinya tidak boleh menerima hakikat yang aku ada pasangan baru. Kalau dia boleh, kenapa aku tak boleh? Siapa dia nak tentukan masa depan aku?"Ya, diaboyfriendaku. Kenapa?" Kalau dah Rery ajak aku