MERIAH sungguh majlis persandingan Misha dengan Farel yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di pusat bandar Kuala Lumpur. Almaklumlah, pasangan pengantin masing-masing berasal daripada keluarga berada. Tidak hairanlah semuanya nampak mewah.
Seronok aku perhatikan Misha dan Farel yang tersenyum lebar sepanjang majlis. Nampak kedua-duanya bahagia dengan perkahwinan yang pada asalnya diatur oleh orang tua mereka. Aku doakan semoga Misha dan Farel bahagia hingga syurga.
Zara juga tidak kalah lebar senyumannya. Seronok benar dia menjadi pengapit Misha. Tapi, apa yang buat dia lebih gembira sudah semestinya pasangan pengapitnya yang sama kacak dengan si pengantin. Siapa lagi kalau bukan Zarif. Silap pandang dah macam Zarif pula pengantinnya. Harapnya Misha tidak menyesal memaksa Zarif memakai sut serba hitam itu.
Kali pertama aku nampak Zarif dalam persalinan sut hitam. Lain benar auranya saat ini. Agaknya kalau Zarif anak orang kaya, sudah pasti dia salah
Maaf atas kelewatan update new chapter. Enjoy reading =)
AKU sangkakan kes Datin Aida selesai sebaik sahaja aku selesaikan tempahannya dan meminta maaf bagi pihak café. Namun, rupa-rupanya itulah permulaan kepada semua kekacauan dalam hidupku.Seawal pagi Isnin aku dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang wartawan di depan pagar rumah. Terbantut langkahku yang mahu keluar bersama Haziq. Cepat-cepat aku masuk semula ke dalam rumah dan menghubungi Haziq. Mama memang ada memaklumkan kepadaku tentang perihal wartawan yang datang berkunjung sejak malam tadi lagi.“Are you okay?” soal Haziq sebaik sahaja dia menjawab salamku.“Entah…” Jujurnya, itulah apa yang aku rasakan. Pelbagai perasaan datang serentak. Cemas, risau, takut, malu dan pelbagai lagi perasaan negatif sedang bersarang dalam diriku.“You rehat dulu harini. Esok I datang ambil you kat rumah.”“Eh… tak apa. I boleh pergi caf&e
"ZARIF! Kau pergi mana ha? Kau tau tak sekarang dah jam berapa? Kau ingat cafe ni bapak kau punya?" Suara lantang wanita yang duduk di kaunter bayaran itu menyapa telingaku. Untuk seketika, mataku dan Zara saling berbalas pandang. Sedikit terganggu dengan suara lantang wanita itu."Maaf kak... aku-""Siapa kakak kau? Miss B, panggil aku Miss B!" Kulihat tangan Miss B menepuk kuat dadanya."Maaf Miss B... aku tak sengaja.""Banyak kau punya tak sengaja? Harini dah hari ketiga kau lambat. Dah, pergi buat kerja. Gaji kau aku potong lagi harini."Aku nampak jejaka yang dipanggil Zarif itu terus berlalu ke arah dapur. Tidak lama kemudian, dia keluar semula dengan apron merah di badan. Uniform rasmi pekerja Jebat Cafe. Mukanya masih selamba, seolah-olah kemarahan Miss B langsung tidak memberi kesan kepadanya."Psst… Fish... boleh tahan garang Miss B ni." Zara bersuara sambil menahan gelak. Kelakar agaknya melihat
“FISH!”Terkejut aku melihat figura yang sedang elok berjalan menghampiriku.“Ya Allah, teacher! Lamanya tak jumpa kau. Apa khabar?” Ramah aku menegur Misha, rakan satu rumah sewaku dan Zara semasa zaman degree dulu. Dia dipanggil teacher kerana dia mengambil jurusan Teaching of English as a Second Language (TESL) semasa di universiti dulu. Aku dan Zara pula sama-sama mengambil jurusan Business Management.“Tu lah… lamanya tak jumpa kau. Makin cantik kau sekarang.” Tergelak aku mendengar kata-kata Misha.“Alhamdulillah, terima kasih. Kau pun apa kurangnya. Kau sekarang kerja kat mana? Lepas konvo haritu terus kau hilang. Puas aku dan Zara cari kau. Si Zara tu, siap stalk lagi semua FB kawan-kawan uni kita. Tak jumpa langsung jejak kau.” Ha, punya panjang omelan aku. Excited sangat dapat jumpa Misha semula.Misha tergelak besar, mena
AKU bersandar di dinding melihat Zarif membasuh semua perkakas selepas membuat kek. Aku tidak menyangka permintaan Zarif tempoh hari adalah untuk bekerja di bahagian dapur. Memang aku masih tidak mempunyai pekerja yang ramai di dapur. Cuma ada dua orang tukang masak Zul dan Nina, dua orang pembuat kek Laili dan Fatin, serta dua orang barista Solehin dan Alia. Selebihnya, empat orang pelayan termasuk Ayu. Ayu, selain pembantu pemasaran, dia akan menjalankan tugas pelayan. Ayu juga akan bersilih ganti dengan Solehin untuk menjaga kaunter bayaran.Kehadiran Zarif di dapur sedikit sebanyak meringankan beban mereka. Aku akui, Zarif seorang yang ringan tangan dan cekap di dapur. Dapur aku lebih bersih dan tersusun selepas seminggu dia bekerja.Oh ya, satu lagi permintaan Zarif adalah untuk mengizinkan dia balik ke rumah pada jam tiga setengah petang hingga jam lima petang. Memang asalnya satu permintaan. Tapi, bila aku bersetuju untuk dia bekerja di dapur, dia buat
AKU bangun seawal jam lima pagi. Sejak semalam aku sukar melelapkan mata. Bukan sebab gelisah atau susah hati, tapi sebab rasa teruja. Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran ku yang ke-27. Juga ulang tahun pertama SS Cafe.Sejak seminggu yang lalu pelbagai promosi yang kami lancarkan. Selain Happy Hour, turut diadakan peraduan swafoto di SS Cafe, pertandingan meneka berat kek dan pertandingan memberi nama puding terbaharu keluaran SS Cafe.Sambutan yang diterima sangat memberangsangkan dan hari ini merupakan hari kemuncak sambutan ulang tahun pertama cafeku. Hari ini, senarai pemenang akan diumumkan menerusi IG live yang akan dikendalikan oleh Ayu. Bertuah aku ada pekerja cekap seperti Ayu dan yang lain.Gambar yang terletak di atas meja solek aku capai. Ada arwah papa, mama, aku dan Fariha. One happy family. Gambar terakhir bersama arwah papa. Gambar semasa kami bercuti di Langkawi. Masa itu aku berumur
AKU berdiri tegak menghadap almari pakaianku. Sedang berfikir nak pakai baju apa harini. Isnin, hari cuti cafeku. Seminggu sekali saja kami cuti. Sengaja aku pilih Isnin sebagai hari cuti sebab kononnya nak elakkan Monday blues. Blouse berwarna hitam aku capai dan acukan ke tubuhku. Erm... nampak suram pula pakai warna gelap ni. Okay, tukar merah jambu. Ha, barulah nampak ceria. Harini kena terlebih ceria sebab nak jumpa Zarif. Eh, bukan... nak belajar buat puding raja dengan Zarif. Hihihi. Banyak betul syarat Zarif sebelum dia setuju untuk membuka kelas mengajarku. Syarat pertama kena belajar semasa hari cuti. Aku dah bagitahu yang aku boss, jadi dia kena ikut arahanku. Tapi, dia balas hari kerja dia tak nak susahkan rakan-rakan yang terpaksa cover kerja dia. Bila difikirkan, betul juga. Nanti apa kata staff yang lain? Orang lain sibuk bekerja, aku dengan dia sibuk buka kelas buat puding raja. Lagipun itu bukanny
WAJAH ceria mak cik Salmah aku perhatikan dengan penuh minat. Wanita seusia mama itu nampak tenang saja wajahnya. Kalau diperhatikan, wajah Zarif tidak banyak persamaan dengan ibunya. Lagi-lagi hidungnya. Mak cik Salmah berhidung jambu, hidung kebanyakkan orang Melayu, berbeza dengan Zarif yang berhidung mancung. Mungkin Zarif banyak ikut muka arwah ayahnya kot. Aku perhatikan pula Zafirah, adik Zarif yang duduk di hadapanku. Dia juga nampak tenang menyuap nasi ke dalam mulut. Mukanya menyerupai mak cik Salmah, cuma versi lebih muda. Manis orangnya. Zafirah mengangkat wajahnya dan mata kami saling berlaga. Aku senyum dan meneruskan suapanku. Zafirah juga membalas senyumanku. Sesekali dia mengerling Zarif yang duduk di sebelahku. Selepas insiden air panas terpercik di tanganku, aku diarahkan duduk sahaja sambil Zafirah menuam tanganku dengan kain tuala yang direndam dengan air sejuk. Takut benar Zarif tanganku akan berparut akibat kejadian tadi. Bagiku, perkara terseb
MERIAH sungguh majlis sambutan ulang tahun kelahiran aunty Maria, mommy Haziq. Meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan jiran terdekat mereka. Ada dua buah khemah dipasang di halaman rumah. Hampir keseluruhan ruang tamu rumah semi-D itu hingga ke halaman rumah digunakan. Ada sebuah gazebo terbuka dengan alat-alat permainan seperti gelongsor dan jongkang -jongket di tepi rumah.Mommy dan daddy Haziq cikgu sekolah rupanya. Mommynya Guru Besar manakala daddynya pula Pengetua. Haziq ada empat orang adik beradik. Dia yang paling bongsu dan satu-satunya anak lelaki aunty Maria dan uncle Hairul. Ketiga-tiga kakak Haziq masing-masing sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Ada tujuh orang semuanya anak buah Haziq. Comel semuanya. Geram pula tengok dorang berpakaian sedondon berwarna merah jambu bagi yang perempuan dan biru muda bagi yang lelaki.Ahli keluarga Haziq agak besar juga jika hendak dibandingka