A Million Misery [Bahasa Malaysia]

A Million Misery [Bahasa Malaysia]

By:  Nur Qismina Sofia  Ongoing
Language: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
3 ratings
40Chapters
3.2Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
Leave your review on App

Mengisahkan watak Monika yang merupakan seorang artis rakaman. Dia berasal dari sebuah keluarga ternama, kaya dan berpengaruh. Namun dia berusaha merahsiakan identitinya dari diketahui umum untuk keselamatan dirinya yang menjadi buruan pembunuh upahan setelah kesemua ahli keluarganya mati dalam satu kejadian yang tragis. "Polis ada tunjukkan satu fail sulit dekat aku. Dalam fail tu ada gambar-gambar mayat ahli keluarga aku. Yang menarik perhatian ialaha tanda yang sama ditinggalkan di beberapa bahagian tubuh mereka." Kehidupannya semakin teruk. Dia tidak tahu kemana arah patut dituju. Dia tergelincir di dalam lembah penuh kegelapan. "Aku mengaku ketika aku berumur belasan tahun, aku pernah ambil benda-benda macam tu. Dengan harapan ia dapat menolong aku keluar dari dunia realiti walaupun untuk seketika." Tepat pada masanya, Haliene hadir dalam hidupnya. Haliene merupakan pemilik studio rakaman yang menjadi naungan Monika juga selaku sahabatnya. Dialah yang bertanggungjawab membantu Monika keluar dari dunia gelap setelah pelbagai dugaan dilaluinya. Dia menjaga Monika seperti adik perempuan kandungnya sendiri. "Umm... aku tertanya-tanya apa akan terjadi kalau kita tak pernah berjumpa? Aku tentunya dah mati." Haliene juga menyimpan rahsia yang Monika tidak tahu mengenai pembunuhan keluarganya juga kemalangan yang hampir meragut nyawanya. "Sampai bila kau nak kita semua terus berlakon? Bila ingatan dia dah pulih nanti, dia akan tahu juga siapa dia. Kau tak boleh nak rahsiakannya lagi. Aku kawan dia, aku kenal dia dahulu dari kau." Credit Cover Book (pink colour): via Monika Santucci's social media post

View More
A Million Misery [Bahasa Malaysia] Novels Online Free PDF Download

Latest chapter

Interesting books of the same period

Comments
user avatar
Eneng Susanti
best story ni
2022-07-20 01:17:58
0
user avatar
RED SCARLET
BEST CERITA INI...
2021-08-06 14:21:44
1
user avatar
Hi you
goodstory 🤩 next!
2021-07-03 14:49:12
1
40 Chapters
AMM BHG 1: Bab 1
PANDANGAN matanya kabur. Dia cuba untuk mengingat kembali apa yang telah berlaku tetapi otaknya masih gagal berfungsi dengan baik. Sekelilingnya kelihatan berwarna kehijauan, melambai-lambai di segenap ruang. Kedengaran pula unggas berkicauan. Tubuhnya yang masih di atas tanah cuba ditolak naik.       "Ahhh..." dia mengerang kesakitan. Sakit yang teramat di sisi kiri perutnya terasa menusuk-nusuk. Sisi kiri wajahnya pula dipenuhi dengan darah pekat yang mengalir. Menitik-nitik jatuh di permukaan tanah.      "Tolong..." teriaknya. Namun nada suaranya seperti tersekat di kerongkong. Berkali-kali dia meminta tolong, berharap akan ada seseorang yang dapat membantunya.      Tidak lama kemudian, satu bayang-bayang tubuh terlihat di dalam pandangan matanya. Bayang-bayang itu datang menghampirinya. "Tolong..." katanya lagi dalam nada suara yang sama seperti tadi.     &
Read more
AMM BHG 1: Bab 2
GAVIN tersedar dari lelapnya. Dia tidak pasti sudah berapa lama dia terlelap di situ. Hujan masih renyai-renyai. Dia tidak boleh menunggu sahaja di situ, harus membuat sesuatu. Jika mahu menunggu hujan ini betul-betul berhenti, mungkin lambat lagi.      "Eh, aku rasa kita dah boleh bergerak sekarang," kata Gavin. Masih tiada balasan dari Monika. "Monika?" Gavin menggoncangkan bahu Monika. "Monika, bangunlah..." dia resah. Banyak kali dia cuba mengejutkan Monika.      "Damn... Monika!" teriak Gavin. Sekali lagi dia cuba membangunkan Monika. Gavin menggelengkan kepala, segera dia menyandarkan Monika di akar pokok dengan berhati-hati.      "Monika, kenapa?" Gavin duduk mencangkung menahan diri dari menangis. "Kenapa, Monika? Aku seorang saja ni, huhu..." hodoh mukanya menahan tangisan.      Air mata dikesat, dia memakaikan Monika sweaternya tadi. Hutan yang tebal
Read more
AMM BHG 1: Bab 3
"HEI, kau orang! Kita orang ada terjumpa beg dekat kawasan hujung sana!" Sam berteriak sambil membawa beg sandang berwarna hijau lumut yang talinya sudah hampir terputus.      Jack yang sudah jauh di belakang mengejar Sam. Dia berlari dengan nafas yang tercungap-cungap. Haliene, Aviva dan Ross yang sedang makan di tapak perkhemahan sementara segera menoleh ke arah mereka berdua. Tapak perkhemahan sementara itu baru sahaja siap beberapa minit yang lalu. Memandangkan hujan sangat lebat semalam jadi habis semua kain penutup terbang, terpaksalah mereka memasang semula.      "Ini beg Monika," kata Haliene setelah mengenalpasti beg tersebut. "Bawa aku ke tempat tu sekarang."      "Tunggu dulu, tak ada apa dah dekat situ. Kita orang dah tengok," kata Jack.      "Mungkin dia ada tidak jauh dari situ, bawa aku ke tempat tu sekarang!" Haliene menarik lengan Sam. Jack yan
Read more
AMM BHG 1: Bab 4
KAWASAN hutan yang gelap perlahan-lahan bertukar cerah. Bunyi unggas berkicauan memeriahkan suasana hutan.      "Hei, bangunlah! Siapa yang nak tolong aku carikan herba?" soal Haliene lalu menendang Sam dan Jack, kemudian dia beralih ke arah Ross.      Tidak jauh dari situ, kelihatan Ari sedang duduk di luar khemah. "Awalnya kau bangun," tegur Haliene.      "Aku tak tidur," itu sahaja jawapan dari Ari.      "Aku dengan Sam nak keluar pergi cari herba, kau dan Ross keluar carikan makanan. Aviva dan  Jack tinggal dekat sini, tolong jagakan Monika." Kata Haliene.      "Sekejap, aku ikut kau pergi cari herba?" soal Sam yang tiba-tiba muncul dari belakang.      "Iyalah. kau tak nak? Kalau begitu tukar dengan Ross, kau pergi cari makanan dengan Ari." Haliene memberikan cadangan.  
Read more
AMM BHG 1: Bab 5
SAM melibas pokok-pokok kecil dengan pisau kecilnya. Rasanya tindakan itu seperti tidak membantunya langsung, penat saja yang dapat.      "Aku rasa dah cukup agaknya herba ni, makanan pun aku rasa sudah memadai. Harap Ross dan Ari dapat lagi banyak daripada ni," kata Haliene.      "Jomlah! Hari pun dah semakin gelap," kata Sam. Walaupun baru menunjukkan pukul tiga petang, keadaan di dalam hutan cepat gelap.      Mereka berpatah semula mengikut jalan yang telah ditanda tadi. Tiba-tiba Sam berhenti mendadak membuatkan Haliene yang berjalan di belakang melanggarnya. "Dah kenapa berhenti macam tu?" marah Haliene.      "Syy..." Sam meletakkan jari telunjuknya di mulut. "Dengar tak?" kemudian dia membawa tapak tangannya ke belakang telinga.      Haliene mengerutkan dahi lalu turut memasang telinga. Dia tidak pasti apa yang telah didenga
Read more
AMM BHG 1: Bab 6
MONIKA terjaga dari tidurnya setelah terdengar bunyi seperti seseorang berjalan di dalam semak. Dia melihat Haliene dan Aviva sedang nyenyak tidur berdekatan dengannya. Jack dan Sam yang sedang bersandar di batang pokok juga sudah terlentok. Sepatutnya mereka bergilir-gilir berjaga tetapi sebaliknya pula yang berlaku.      Monika menahan tubuhnya dengan siku. Dia memerhati sekeliling namun tidak tercapai oleh pancainderanya. Selang selepas itu, muncul tubuh lelaki di sebalik sebatang pokok. Lelaki itu menuju ke arah Monika. Samar-samar cahaya api menyimbah ke wajah lelaki itu, ianya Ari.      Ari meletakkan jari telunjuknya di mulut memberi isyarat kepada Monika agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Dia juga mengarahkan Monika agar kembali berbaring seperti tadi. Kemudian dia menuju ke arah Sam dan Jack yang tidak sedarkan diri. Sebatang kayu yang telah diasah tajam di hujungnya dihunuskan kepada mereka berdua.
Read more
AMM BHG 1: Bab 7
TAPAK perkhemahan sementara itu dikemas oleh mereka. Segala sampah dikambus ke dalam tanah, tidak mahu tapak peninggalan mereka di situ tercemar. keindahan hutan perlu dijaga. Mereka sudah bersiap-siap untuk beredar dari situ. Mereka bercadang untuk ke kawasan sumber air yang dikatakan oleh Jack semalam.      "Kau orang semua tak nak ubah fikiran?" soal Ari tiba-tiba.      "Apa maksud kau?" soal Jack.      "Maksud aku, kita boleh pergi ke arah sana. manalah tahu ada perkampungan ke, boleh minta tolong orang yang ada dekat situ. Tak perlulah kita ke kawasan air tu, lagipun tempat tu jauh." Ari cuba meyakinkan mereka.      "Tempat perkampungan? Mana ada perkampungan dekat hutan macam ni. Kau ni biar betul! Merepaklah!" bentak Sam.      "Lagi satu, mana kau tahu kawasan air yang aku jumpa tu jauh? kau pernah ke sana ke?" soal Jack in
Read more
AMM BHG 1: Bab 8
"KALAU kau orang dengar cakap aku awal-awal tadi, kita ah senang sekarang. Tak payah susah macam ni," kata Ari secara tiba-tiba yang duduk setentang dengan mereka.      "Jadi kau nak kata yang kita orang salahlah ni? Ha?" Sam membalas semula. Nada suaranya mendatar namun kedengaran tegang.      "Memang pun, sebab kau fikir kau orang saja yang selalu betul," balas Ari.      "Eh, sial! Kau diamlah! Kalau tak ada orang yang hilangkan tanda yang aku buat tu, kita dah sampailah dekat kawasan tu!" bentak Jack yang tiba-tiba terasa panas hati ketika itu.      "Sudah! Tak perlu bergaduh! Sekarang ni tak ada siapa yang betul, tak ada siapa yang salah. Kita seri, okey?" Haliene terpaksa juga mencelah memandangkan mereka tidak mahu mengalah. Ya Tuhan, stress betul! "Sudah, semua orang tidur! Aku tak dengar suara siapa-siapa."      Masing-mas
Read more
AMM BHG 1: Bab 9
HUJAN lebat mencurah-curah turun dari langit. Pandangan matanya kabur akibat bertubi-tubi air masuk ke dalam matanya. Puas dia meraup wajah dengan tangannya. Nasibnya baik kerana dia telah jatuh dari tempat yang tinggi itu ke dalam air. Dan nasib baik juga dia pandai berenang.      Sehingga kini, dia masih lagi berusaha untuk keluar dari air yang deras itu. Terpaksa dia melawan arus dengan mencapai akar-akar pokok juga ranting yang berjuntaian ketika menyusuri aliran air tersebut. Jika dilihat, di hujung aliran air itu merupakan air terjun. Tetapi tidak diketahui setinggi manakah air terjun tersebut. Untuk selamat, dia melawan arus sehingga bertemu dengan aliran air yang tenang atau mungkin tebing tanah yang membolehkan dia untuk naik ke darat. Harap-harapnya tidak jauhlah.      Hujan pula tidak berhenti turun sejak dari tadi. Kilat sabung-menyabung di langit, terasa dekat di hujung kepala. Dia meneruskan lagi perjalanann
Read more
AMM BHG 1: Bab 10
HALIENE menghela nafas. Memang pernah terlintas di dalam hatinya yang Monika itu agak membebankannya. Dia mengambil Monika sebelum ini kerana beranggapan itu akan menguntungkan label muziknya dan ia benar-benar menguntungkan. Itu sahaja niatnya. Tetapi sebaik sahaja dia mendengar kata-kata dari Monika tadi, dia berasa sangat-sangat bersalah. Rasa berdosa!      Haliene terduduk di lantai hutan. "Oh, Tuhan. Apa yang aku dah buat?" dia mula rasa menyesal dengan apa yang telah diperkata tadi. "Aku stress sangat-sangat! Aku nak balik, aku tak nak terperangkap dekat dalam hutan ni!"      Sam duduk mencangkung. "Semua orang pun nak balik, nak hidup yang normal balik. Aku rasa kau patut cakap semula dengan Monika. Kita tak boleh tinggalkan dia macam tu saja. Kau dah buat dia berkecil hati, dah banyak perkara teruk yang dia lalui. Kau sajalah satu-satunya yang dia ada. Kau kena buat dia rasa berharga semula."  
Read more
DMCA.com Protection Status