Share

EPILOG

"Encik Luqman.." Luqman tersentak apabila namanya dipanggil beberapa kali.

"Soalan mana kita tadi?" Semua orang di dalam dewan ketawa. Mungkin lucu melihat Luqman yang berangan dari tadi.

"Soalan saya, adakah cerita ini berdasarkan pengalaman hidup Encik Luqman atau hanya sekadar rekaan?" Luqman tersenyum.

"Terpulang kepada pembaca sama ada mahu percaya atau tidak." Wartawan itu mengangguk.

"Macam mana dengan Fatin? Apa nasib dia. Masih hidup?" Soalan itu keluar dari mulut salah seorang daripada mereka. Luqman menunding jari ke arah seorang wanita.

"Dia ada dekat sini." Mereka semua menoleh ke arah seorang wanita yang berada di hadapan Luqman. Fatin menundukkan wajahnya. Malu mungkin.

"Jadi bila kamu berdua mahu berkahwin?" Luqman tersengih apabila soalan itu diajukan. Dia memandang Fatin. Aahh sudah. Luqman menarik nafas panjang.

"Saya masih menunggu jawapan daripada dia.
Bab Terkunci
Membaca bab selanjutnya di APP

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status