"CABIN crew be seated for landing."
Tali pinggang keledar dipasang seraya menyandarkan tubuhnya. Penerbangan dari Taipei, Taiwan ke Kuala Lumpur yang memakan masa empat jam dan sepuluh minit itu terasa seperti sekejap sahaja oleh kerana keterujaan hatinya untuk bertemu ahli keluarga tercinta.
One hundred...
Fifty...
Fourty...
Thirty...
Twenty...
Ten...
Retarded...
Sebaik sahaja gear pendaratan menjamah lantai landasan, pesawat Boeing B737-8FZ bernombor pendaftaran 9M-JVH itu meluncur laju di atas landasan dan mula bergerak perlahan. Pembantu juruterbang yang juga selaku sahabat baiknya, Nasrul Effendy mengerlingnya sambil tersengih.
"Hey, kau ni dah kenapa pandang aku macam tu? Tersengih-sengih... dah macam kerang busuk aku tengok?" Aryan Syah mengerling ke arah pembantunya yang merangkap sahabat baiknya itu.
"Berseri-seri wajah kapten hari ni..."
"Mestilah... Kau nak tahu tak, inilah pesawat Red Skylines pertama yang aku kendalikan tahun lepas, tau? Dan jugak dalam cabin pesawat ini jugalah aku kenal dengan bini aku, Ezma... Juliet Victor Hotel," ujar Aryan Syah sambil tersenyum mengenang semula saat-saat perkenalannya dengan isteri kesayangannya, Ezma Umaira.
"Weh... biar betul? Oh ya! Jangan pulak kau lupa... First flight kau dengan Red Skylines ni pun bersama dengan jejaka kacak di sebelah kau ni," sahut Nasrul Effendy sambil menayangkan barisan giginya yang putih di hadapan Aryan Syah.
"Yelah tu... kacaklah sangat, kau ni kalau satu hari tak angkat bakul memang tak sah!"
"Alah... kau ni macamlah tak kenal dengan aku. Lagipun kalau bukan kita sendiri yang puji diri sendiri, siapa lagi? Nak harapkan kau... kau tak pernah puji rupa paras aku pun," bebel Nasrul Effendy seraya memuncungkan bibirnya membuatkan Aryan Syah pecah tawa di dalam kokpit pesawat itu.
"Dah... jom kita keluar. Aku dah tak sabar nak jumpa isteri dan anak aku ni. Tiga hari tak jumpa diorang... rasa macam tiga tahun, tahu tak?!" ujar Aryan Syah seraya bangun dari kerusi kokpit dan meluru keluar dari perut pesawat itu.
Penerbangan OX409 dari Taipei, Taiwan yang mengambil masa selama empat jam sepuluh minit itu terasa sekejap disebabkan keterujaannya untuk bertemu dengan ahli keluarga.
Langkah diatur dan beg bagasi ditarik. Tiba sahaja di Balai ketibaan, matanya terus melilau mencari figura papanya yang sudah berjanji untuk menjemputnya hari ini. "Mana pulak papa ni?"
Figura lelaki pertengahan usia berbaju kemeja putih dan coat hitam yang berdiri di sudut tepi tersenyum sambil merenung ke arahnya. Cepat-cepat Aryan Syah menghampiri papa kandungnya itu. "Papa, dah lama tunggu ke?"
"Baru aje sampai. Ni cucu kesayangan papa jugak ikut sekali," ujar Dato' Hareez sambil menundukkan kepalanya ke arah stroller di hadapan. Terpacul figura cucunya, Farish Amsyar yang baru sahaja berusia dua bulan.
Aryan Syah segera meraih tubuh si kecil itu seraya memberikan satu ciuman lembut di pipi gebu anaknya itu. Dia kembali menoleh ke arah papanya. "Ni kalau Farish ikut sekali ni, pasti Ezma dan Airish pun ikut sekali... mana mereka, papa?"
"Assalammualaikum abang, macam mana flight? Cuaca okey?" Tiba-tiba sahaja satu suara lembut menampar gegendang telinganya di saat Aryan Syah leka mengendong anak kesayangannya itu. Suara ni macam kenal aje. Sepantas kilat dia menoleh ke arah datangnya suara lembut yang menyapa.
Susuk tubuh yang sangat dirindui, walaupun cuma berjauhan selama tiga hari. Ezma Umaira mengenakan blaus berwarna biru muda berserta kepala dilitupi shawl berwarna cream memberikan senyuman yang cukup mendamaikan hatinya.
"Alhamdulillah, abang dah selamat sampai. Cuaca? Hmm... Awak dah sedia maklum, kan? Sekarang ni ribut tropika sedang membadai di ruang udara laut cina selatan tu... Jadi, sepanjang flight terasa seperti sedang driving di tengah jalan yang berlubang-lubanglah," jawab Aryan Syah panjang lebar sambil tersenyum. Wajah manis isteri direnungnya lama. "Ni dah kenapa tiba-tiba aje datang jemput abang? Dah tak sabarlah tu... Baru aje tiga hari abang tinggalkan."
Berkerut dahi Ezma Umaira sebaik sahaja mendengar kata-kata suaminya itu. Sepantas kilat satu cubitan dilepaskan tepat ke arah pinggang kanan Aryan Syah.
"Aduh! Apa ni, main cubit pulak dia!"
"Abang lupalah tu... hari ini hari apa?"
"Hari ni? Hari ini hari khamislah sayang... malam nanti pulak malam jumaat... tak sabarlah tu..." Selamba saja Aryan Syah berkata membuatkan Ezma Umaira memuncungkan bibirnya. Aryan Syah perasan akan perubahan wajah isterinya itu. Merajuklah tu! Macamlah tak tahu. Perempuan, sikit-sikit nak merajuk.
"Hai... orang tu, takkanlah tak ingat hari ni hari apa?" tiba-tiba saja Airish Syafiqa, adiknya mencelah. "Kalau tak ingat hari, sekurang-kurangnya ingatlah tarikh hari ni..."
"Alah... abang ingatlah hari ni... 28 Februari 2019, hari ni jugak genap setahun usia perkahwinan abang dengan Ezma." Tersengih-sengih Aryan Syah berkata. Hari bahagia, mestilah ingat.
Sedang Aryan Syah dan ahli keluarganya itu bersedia untuk masuk ke dalam perut kereta, tanpa disedari seseorang telah menghampiri Aryan Syah. Dia mencapai bahu kirinya. Cepat-cepat dia menoleh ke arah kiri.
Bukk!!
Satu tumbukan dilepaskan tepat ke arah hidung mancung jejaka kacukan melayu dan arab itu. Sepantas kilat Aryan Syah jatuh terbaring di atas lantai simen kawasan parking itu. Uniform juruterbang berwarna putih yang disarung bertukar warna. Sepantas kilat juga dia menekup bahagian hidungnya yang kini sudahpun ada titisan cecair merah pekat mengalir keluar.
"Aryan!" Dato' Hareez yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di dalam perut kereta toyota vellfire berwarna hitam itu cepat-cepat menapak keluar mendapatkan anak sulungnya itu.
"Itu tumbukan pertama dari aku untuk jantan tak guna macam kau! Kau musnahkan hidup adik aku, lepas tu kau tak nak bertanggungjawab!" Melantun tinggi laungan suara lelaki yang tidak dikenali itu.
Ezma Umaira yang baru sahaja mengatur langkah untuk mendapatkan suaminya itu terpempan, bagaikan hendak terputus urat jantungnya sebaik kata-kata dari lelaki yang tidak dikenali itu tadi menampar telinganya. Berderau darahnya ketika ini, namun dia keliru.
Beberapa saat selepas itu, lelaki misteri yang datang tidak diundang itu tadi berlalu pergi meninggalkan Aryan Syah dan keluarganya yang masih terpinga-pinga dan terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku.
"Nanti! Tunggu dulu!" Airish Syafiqa tiba-tiba bersuara memanggil jejaka itu. Dia menapak keluar sambil menghadiahkan cerlungan maut ke arah lelaki misteri itu. "Sebelum kau pergi, tolong jelaskan apa yang berlaku?"
"Adriana Sofea..." Itu sahaja yang diluahkan oleh lelaki itu seraya berlalu pergi.
Semua manusia yang berada di situ terlopong.
Adriana Sofea? Siapa tu?
Enam belas bulan sebelumnya...KRINGGG!! jam sudah menunjukkan pukul enam pagi. Aryan Syah, juruterbang berusia 28 tahun berdarah kacukan arab dan melayu yang terbaring di atas katil bingkas bangun. "Okay... Last flight for Nour Airlines today, Captain Aryan, please say goodbye for the airlines crews."Kain tuala dililitkan di pinggang. Aryan Syah leka merenung pantulan dirinya sendiri di hadapan cermin di dinding bilik mandi. "Hari ini hari terakhir aku di UAE, goodbye Abu Dhabi, and hello Kuala Lumpur!"Pagi ini Aryan Syah ditugaskan untuk mengetuai penerbangan Nour Airlines 7E55 dan 7E56 untuk sektor Abu Dhabi ke Cairo dan Cairo ke Abu Dhabi. Pesawat yang dikendalikan pada pagi ini adalah pesawat narrow body, Airbus A320:214 bernombor pendaftaran A6-NEE.Langkah diatur, beg bagasi beroda ditarik menuju ke balai perlepasan. Pandangan matanya kini tertumpu kepada dua orang cabin crew yang baru sahaja memulakan tugas untuk hari ini. Sala
PENERBANGAN 7E610 Nour Airlines Airbus A330:243 bernombor pendaftaran A6-NFU yang mengambil masa selama enam jam dari Abu Dhabi kini bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur.Aryan Syah menghabiskan masa enam jam penerbangan itu dengan tidur. Sesungguhnya dia memerlukan rehat dan tidur yang cukup memandangkan dia langsung tidak tidur pada malam terakhirnya di Abu Dhabi, UAE. Pada masa yang sama juga dia berasa hampa. Apa yang dia harapkan tidak berlaku seperti yang diinginkan. Enam jam yang lalu, dia berharap agar dia dan papa kandungnya berbual-bual sepanjang penerbangan, tetapi masing-masing dengan urusan sendiri. Papanya, Dato' Hareez sibuk menghadap laptopnya sepanjang penerbangan.Melihat kesibukan Dato' Hareez itu, Aryan Syah membuat keputusan untuk tidak mengganggu. Dia leka melayan perasaannya sendiri sehingga tertidur sambil memeluk lukisan yang dihadiahkan oleh Dato' Hareez kepadanya dua puluh lima tahun yang lalu.&nb
"AIRISH, macam mana keadaan dia?" Dato' Hareez bertanya kepada anak perempuannya yang merupakan seorang doktor dan kebetulan sedang bertugas pada masa itu.Airish Syafiqa merenung Dato' Hareez lama. Hairan dengan tingkah papanya itu. Sebelum ni tak pernah aku tengok papa macam ni, getus hatinya."Papa, boleh bagitahu siapa lelaki yang cedera teruk tu?""Itu tak penting! Yang penting sekarang, papa nak tahu keadaan dia macam mana?!" tegas Dato' Hareez lagi. Dia tidak mempedulikan pertanyaan anak perempuannya itu."Darah... papa, dia banyak kehilangan darah.""Airish ambil darah papa!" sepantas kilat Dato' Hareez membalas kata-kata Airish Syafiqa."Papa, apa yang papa merepek ni? Darah dia jenis B+, papa..." ujar Airish Syafiqa perlahan sebelum kata-katanya dipintas."Ye! Papa tahu darah dia j
"ASSALAMMUALAIKUM...""Waalaikumsalam... dah sampai pun." Datin Yasmin, isteri kedua Dato' Hareez menyambut kedatangan suami dan anak perempuannya, Airish Syafiqa.Hari ini juga Aryan Syah dibenarkan balik ke rumah. Dia berdiri di belakang adiknya sambil bertongkat. Dia menunduk, segan."Aryan... jom masuk," ajak Dato' Hareez. Tangannya dihulurkan ke arah anak sulungnya itu. Aryan Syah menyambut sambil tersenyum. Dia mengerling pula ke arah mama tirinya, Datin Yasmin yang berdiri di sebelah kiri papanya.Aryan Syah perasan Datin Yasmin mencebikkan bibirnya ke arah papanya seraya menoleh ke arahnya sambil memberikan renungan tajam. Bismillahirahmanirahim, ucap Aryan Syah dalam hati. Dari renungan mata mama tirinya itu, Aryan Syah dapat mentafsirkan bahawa wanita di hadapannya tu tidak menyukai akan keberadaannya di banglo mewah milik papanya.
"UHUKK!! Ssssttt... fuh!" Aryan Syah berdesit akibat kepedasan sebaik sahaja menjamah lauk ayam masak kari yang disediakan oleh Datin Yasmin. Kesemua manusia yang berada di situ mengerling ke arah Aryan Syah yang sudahpun merah padam mukanya dek penangan kari ayam itu. Apa benda yang mama tiri aku masukkan dalam lauk ni? Pedas sangat! Tak pernah aku makan benda pedas sangat macam ni walaupun dah hampir satu dunia ni aku jelajah. Aryan Syah bengang tetapi hanya mampu disimpan dalam hati sahaja kemarahannya itu. Dia perasan kini dirinya menjadi perhatian di situ.Aryan Syah bingkas bangun dari kerusinya. Tongkat yang disandarkan di dinding belakangnya itu dicapai. Perutnya memulas ketika ini.Dato' Hareez mengerling anak sulungnya itu. "Aryan, nak ke mana pulak tu?"Jelas kelihatan peluh jantan merembes di dahi Aryan Syah. "Nak ke bilik air sekejap, papa."
"KAPTEN, err... selamat pagi, pax untuk flight pagi ini penuh..." Ezma Umaira berkata. Dia cuba menyembunyikan rasa malunya kepada Aryan Syah. Untuk empat penerbangan hari ini, dia diberi tanggungjawab sebagai ketua kru kabin.Aryan Syah yang baru sahaja menapak masuk ke dalam kabin pesawat itu memberikan senyuman manis buat ketua pramugari, Ezma Umaira. "Assalamualaikum..."Ezma Umaira tertunduk sebaik sahaja Aryan Syah membalas kata-katanya dengan memberi salam. Adoi dia ni... segan pulak aku. Oh... lupa pulak dia ni dulu kan pilot untuk Nour Airlines... Jadi mungkin dia dah biasa macam tu kot? Ezma Umaira mengerling Aryan Syah yang sedang menyimpan beg bagasinya di dalam ruangan penyimpanan compartment di ruangan atas tempat duduk kelas bisnes."Hai... saya bagi salam tak ada seorang pun nak jawab? Hmm... Good mo
"AKU nak ke toilet sekejap.""Okey... selamat melabur emas ye kapten!" Berdekah C.O Pilot Nasrul Effendy ketawa sebaik sahaja ucapan itu terkeluar dari mulutnya.Aryan Syah terhenti langkahnya seraya menoleh ke arah pembantu juruterbang, CO pilot Nasrul Effendy yang sudahpun menahan perut sambil ketawa. Dia terlopong. "Tak ada emas nak dilaburkan pun. Aku nak buang air ajelah!""Yelah..." sahut Nasrul Effendy pula. "Jangan lama sangat, aku pun nak ke toilet jugak ni.""Bagi aku masa dua minit aje, okey..." ujar Aryan Syah seraya menekan punat untuk membuka pintu kokpit seraya menapak keluar. Sebaik sahaja menapak keluar dari perut kokpit, dia sempat memberikan senyuman kepada pramugari Syazwana dan Ezma Umaira yang berada di galley hadapan. Mereka berdua sedang menyediakan pencuci mulu
TEPAT jam 5:15 petang pesawat Red Skyline Boeing B737:8FZ bernombor pendaftaran 9M-JVH penerbangan OX280 dari Singapura mencecah lantai landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Maka tamatlah tugas Aryan Syah untuk hari pertamanya bertugas untuk Syarikat Penerbangan Red Skyline. Senyuman terukir di bibir. Dia mengerling pembantunya C.O Pilot Nasrul Effendy yang sedang khusyuk mengemaskini data penerbangan untuk pesawat itu. "Nasrul, esok kau naik aircraft apa dan destinasi kau esok...?""Kalau aircraft tu aku tak berapa pasti lagi, tapi esok jadual aku... KL ke Darwin, Australia. Tapi kalau destinasinya Darwin... buat masa ni flight ke situ hanya menggunakan aircraft Boeing B738 aje, eh! Lupa... Airline ni hanya ada boeing 738 aje," jawab C.O Pilot Nasrul Effendy. "Kenapa kau tanya?""Betul ni?" Aryan Syah bertanya sambil tersengih d