AIR mata yang mengalir ke pipiku diseka oleh Julian. Perlahan-lahan dia menarik aku ke dalam dakapannya. Erat. Seolah-olah menyalurkan sedikit semangat ke dalam tubuhku. Tangan aku naik membalas pelukannya. Mata aku pejam rapat. Semakin deras air mataku mengalir. Aku tak silap meletakkan kepercayaan pada Julian dan Melina. Sehingga kini mereka masih dengan aku. Saat aku memerlukan seseorang untuk mempercayaiku.
"Julian minta maaf. Semua ni salah Julian sebab tak jaga Aara. Julian tinggalkan Aara seorang diri sehingga menyebabkan perkara yang tak diingini berlaku pada Aara."
Aku dengar nada suara Julian sedikit bergetar. Sepertinya dia menahan sebak. Aku tak bermaksud untuk menyalahkan dia. Aku cuma meluahkan apa yang aku rasa patut diluahkan. Melina di sebelah hanya mendiamkan diri. Mungkin simpati dengan apa yang
PINGGAN-MANGKUKyang berada di atas kabinet dapur aku pandang dengan penuh rasa sayu. Sampai bila aku nak jadi hamba dalam rumah ni? Sudah tiga bulan aku menjadi isteri kepada Ahmed Ivander. Tapi seolah-olah bukan seorang isteri tetapi kuli. Semua kerja rumah aku yang kena buat. Mak pula asyik keluar bersama Jessica.Sejak beberapa hari ini badan aku terasa lesu. Tekak mual. Perut tak berapa sedap. Satu badan rasa tak bermaya langsung. Tapi aku kuatkan juga untuk teruskan hidup. Tak ada yang ada dengan aku saat aku susah begini. Julian sajalah yang selalu menghubungi aku. Sekarang dia berada di Itali, menguruskan syarikatnya di sana."Baby..." Ivander merangkul pinggang aku dari belakang. Dahiku dikucup olehnya. Kenapa aku biarkan? Sebab aku malas nak cari pasal dengan dia. Aku tak adamood.
AKUmengigit bibir. Berkira-kira mahu memberitahu tentang kandungan aku atau tidak. Takut perkara yang aku tak ingini berlaku. Macam mana kalau anak aku kena ambil dengan dia orang? Yelah, Jessica mandul. Tak boleh ada zuriat dengan Ivander. Kalau dia orang mempergunakan aku, macam mana? Pisahkan aku dengan anak aku? Ya Allah, tolonglah jauhkan."Baby, jauh termenung." Ivander memeluk pinggang aku dari belakang. Aku hanya membiarkan saja. Lama-kelamaan aku sudah biasa dengan kelakuan dia yang miang keladi. Harap-harap tiada siapalah yang teropong melihat adegan yang tak berapa romantis atas balkoni ni."Tak ada apa. Awak nak makan?"Ivander menggelengkan kepala saat dia menarik pinggang aku pusing menghadapnya. Aku hanya tersenyum kecil.
"YOUdah sahihkan kewujudan Juliana Adra? Seriuslah dia hidup lagi?" Jessica menganggukkan kepala. Aku boleh dengar dan nampak apa yang mereka bincangkan melalui pintu yang tidak tutup rapat. Dahi aku berkerut. Siapa Juliana Adra? "I takut yang Julian jumpa budak mentah tu dulu. Kalau dia wujud, serta-merta harta keturunan Handerville akan diserahkan sepenuhnya dekat perempuan tak guna tu. Termasuk rumah ni. Kita nak duduk mana?" Jessica memeluk lengan Ivander. Kepala dilentukkan di atas bahu suaminya itu. "Tak boleh jadi. I tak sedia nak jadi miskin lagi.No way. Tak akan I nak berharap dekat uncle I je.I can't. I kena pergi Itali macam ni. Juliana tu dekat Itali ke Malaysia?" Je
"SA... SAKIT!"Aku menjerit sekuat hati setiap kali libasan tali pinggang itu mendarat tubuh aku. Sejak rancangan merekakantoi, Ivander bertukar menjadi lebih buas. Setiap hari aku kena belasah dengan dia. Ada saja yang tak kena pada pandangan matanya. Sepertinya tempat tinggal aku ni berubah menjadi satu penjara penyeksaan. Kandungan aku semakin lama semakin membesar. Macam mana aku nak lindungi anak aku sendiri sedangkan aku sendiri tak mampu nak bebaskan diri aku sendiri?"Mak! Mak! Tolong Aara..." Dengan kudrat yang masih tersisa, aku menjerit sekuat hati. Aku menyandar pada dinding sambil melindungi perut aku dari terkena libasan tali pinggang Ivander."Alahai, minta tolong dekat mak kau yang tak pedulikan kau tu ke?Hmm... kesian dia, ya." Ivander meninggung di hadapan aku. Tangan
AKUterbayang wajah bersih anakku. Tak sabar bila setiap kali waktu nak menyusukan dia,nurseakan hantar dekat aku. Bibirku mengukir satu senyuman yang tak boleh aku tafsirkan selain perkataan gembira. Sudah beberapa hari aku dan Noah duduk di hospital ini. Mungkin esok kami dibenarkan keluar dari wad. Aku pun tak tahulah apa perancangan Julian dan Rae lepas ni. Semalam aku terdengar perbualan mereka berdua di dalam wad aku. Mungkin masa tu dia orang ingat aku dah tidur. Tapi, sebenarnya aku pejam mata saja. Tak silap aku, Julian kata dia nak bawa aku balik ke Itali. Lepas tu, adalah dia orang cakap dalamItalian languageyang buatkan akublursekejap. Sebab dia orang cakap tu boleh tahan laju. Tak sempat aku nak translate sendiri. Apa-apa pun yang aku dengar, rancangan Julian untuk bawa aku dan Noah ke Itali. Seronoknya!
BEBERAPAkali aku menggelengkan kepala. Air mata sudah mengalir lebat selebat air hujan yang sedang membasahi bumi. Kenapa perkara macam ni harus berlaku dalam hidup aku? Tak cukup lagikah zahir dan batin aku diseksa. Sekarang anak aku dirampas oleh mereka. Kenapa aku terlalu bodoh? Tak mampu nak lindungi dan selamatkan anak aku... aku tak layak jadi ibu kepada Noah. Aku seperti tiada gunanya hidup di muka bumi ini."Aara..."Aku menarik pergelangan tangan aku dari disentuh oleh Rae. Dari ekoran mata, aku nampak Julian sepertinya berbisik sesuatu pada Rae. Aku langsung tak ambil endah."Aara..."Aku mengangkat wajah ke arah mereka berdua yang sedang merenung ke arah aku. Melina di sisi hanya mendiamkan diri sambi
LAMAaku merenung ke arah wajah Julian. Sudah tiga kali dia menyeru sebaris nama itu. Aku tak tahu reaksi apa yang harus aku tunjukkan sekarang ni. Jantung aku tak usah diterangkan, berdetak laju, dah macam nak terkeluar dari tubuh badan sendiri."Adra, abang ni, sayang. Abang yang selama ni cari Adra. Abang tahu Adra tak ingat kat abang sebab masa tu Adra baru saja tiga tahun. Tapi, abang nak Adra tahu. Kita dulu bagaikan adik-beradik kandung. Rapat sangat. Abang sayangkan Adra macam adik abang sendiri. Lebih dari Jess."Aku terkesima. Lutut aku kendur secara tiba-tiba. Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dulu lagi aku jumpa Julian? Patutlah selama ni aku rasakan Julian seperti sangat dekat dengan aku. Rupanya firasat aku benar belaka. Aku ada kaitan dengan Julian walaupun kami tak sedarah.
APAyang Julian beritahu bagaikan masuk telinga kanan kemudian keluar melalui telinga kiri. Dalam pemikiran aku hanya memikirkan tentang Noah. Julian beritahu aku yang Noah sekarang berada di Itali bersama Ivander dan Jessica. Macam mana dia orang boleh bawa anak aku sejauh itu? Dengan keadaan anak aku yang masih menyusu. Memang dia orang dah gila.Selfish!"Adra...""Aara... Adra nak ubah kehidupan Adra. Abang kena tolong Adra. Adra nak tengok sejauh mana dia orang boleh bergembira atas kebahagiaan orang lain. Adra tak akan biarkan Noah selamanya di tangan dia orang. Adra akan bangkit demi Noah cepat atau lambat. Abang kena tolong Adra. Abang saja harapan Adra.""Baik. Kalau itu keputusan Adra, abang akan bantu Adra sebaik mungkin. Adra jangan risau