TUBUHNYA hanya ditutupi dengan baju T-shirt hitam yang sudah koyak akibat kerakusan Rayyan Zafrul sebentar tadi. Seluruh tubuhnya menggigil. Juraian air matanya berguguran tanpa henti.
Dia tidak menyangka mahkota yang dijaga selama usianya itu akhirnya telah dinodai tanpa kerelaan dirinya. Walaupun ianya telah dinodai oleh insan yang paling dia cintai, namun bukan dengan cara ini yang dia harapkan!
Esakannya semakin menjadi-jadi apabila melihat sekujur tubuh yang sedang terbaring tidak sedarkan diri di hadapan matanya itu. Cepat-cepat dia mencapai baju Rayyan Zafrul di atas lantai itu untuk menutupi bahagian pinggang sehingga bahagian yang itu. Bauan dari air kencing syaitan memenuhi segenap ruang bilik rumah yang kosong itu. "Rayyan... kenapa awak tergamak buat saya macam ni? Besar sangatkah kesalahan dan dosa saya kepada awak?"
Rayyan Zafrul yang sudah tidak sedarkan diri itu direnungnya lama. R
RAYYANZAFRULterjaga dari tidurnya. Dia bangun dari katil itu untuk ke bilik air. Baru sahaja tangannya mencapai suis untuk menghidupkan lampu, pandangan matanya tertumpu kepada figura isteri kesayangannya yang sedang tidur di atas sofa. Rayyan Zafrul berpatah balik ke arah katil untuk mengambil comforter di atas katil untuk menyelimuti isterinya yang sedang nyenyak tidur di atas sofa itu. Kesian isteri aku, mesti dia kesejukkan. Dia kembali melabuhkan duduk di birai katil itu seraya meraup mukanya. "Sayang, maafkan abang, sayang... abang tahu, sayang mungkin takkan lupa dan mungkin takkan maafkan abang selepas apa yang telah abang lakukan terhadap diri sayang. Abang dah bertekad, abang tak akan mengecewakan sayang lagi lepas ni... abang janji, walau apa yang terjadi, abang akan harunginya dengan sepenuh hati abang. Abang tahu masa ni sayang tak dapat terima diri abang. Tapi sayang adalah cinta pertama abang. A
RAYYAN ZAFRUL balik lewat malam ini. Banyak kerja yang perlu disiapkan dengan segera, kerjanya banyak tertangguh kerana dia mengambil cuti selama dua minggu.Jam sudahpun menunjukkan pukul 12.15 tengah malam. Semasa Rayyan Zafrul tiba di rumah, kedua-dua orang tuanya sudahpun masuk tidur, yang tinggal hanyalah Zarul Amsyar seorang sahaja.Punggungnya dilabuhkan di sofa ruang tamu itu seraya mengerling ke arah adiknya yang khusyuk menonton perlawanan bola sepak di kaca televisyen. "Zarul, kenapa tak tidur lagi? Papa dan mama dah tidur ke?""Belum mengantuk lagi ni, bang... papa dan mama tadi dah diorang masuk tidur..." jawab Zarul Amsyar, matanya tetap merenung ke arah skrin televisyen."Eh Rul, Abang nak tanya sikit, kakak ipar Zarul tu macam mana? Dia okey tak dengan mama dan papa di dalam rumah ni semasa abang tak ada?" Rayyan Zafrul bertanya seraya tan
PAGI itu semasa bersarapan bersama keluarga, Rayyan Zafrul mengumumkan bahawa dia bersama isterinya akan berpindah ke rumah banglo miliknya sendiri. "Papa, mama... Rayyan ingat, nak balik ke rumah Rayyan dekat Bukit Antarabangsa tu, dah lama Rayyan tak tengok-tengokkan rumah tu, lagipun Rayyan sekarang kan dah ada isteri... Rasanya elok kami berdua duduk di rumah sendiri."Zuriana Imani hanya memberikan senyuman palsu kepada kedua mertuanya itu. Ha... lagi cepat berpindah lagi bagus. Tak payahlah aku nak berlakon depan orang tua dua orang ni. Aku dah rimas pakai tudung di kepala ni lama-lama!"Alah... abang dah nak pindah? Sunyilah rumah ni nanti." sampuk Zarul Amsyar."Eleh, sunyi atau tak, Zarul apa tahu? Lagipun Zarul tu bukannya melekat dekat rumah... asyik nak keluar melepak aje," sahut Rayyan Zafrul seraya menyuap mi goreng ke dalam mulutnya."Itu dululah abang
Satu bulan berikutnya...TELEFON bimbit Zuriana Imani yang diletakkan di atas meja ruang tamu itu bergetar menandakan ada panggilan masuk dari Shahril Rezwan.Hari ini genap satu bulan dia dan suaminya berpindah di rumah banglo milik Rayyan Zafrul di Bukit Antarabangsa. Zuriana Imani yang baru sahaja selesai bersiap untuk keluar berjumpa dengan Shahril mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja ruang tamu itu untuk menjawab panggilan."Helo awak," ucap Zuriana Imani."Helo sayang, saya dah on the way ke rumah awak ni. Awak dah siap ke belum?" soal Shahril."Ye, saya dah siap dah ni... cuma tunggu awak datang jemput aje," jawab Zuriana Imani sambil tersenyum."Okey sayang... awak tunggu sekejap lagi saya sampai,
"ALHAMDULILLAH... Terima kasih, akhirnya sayang sudi jugak telan masakan abang," ucap Rayyan Zafrul. Dia sangat gembira kerana isterinya kini tidak lagi meninggikan suara kepadanya. Dia bersyukur, jika sebelum ini, setiap kali dia memasak dan menyediakan makanan untuk isterinya, isterinya pula langsung tidak menjamah masakannya, kekadang dia terpaksa membeli makanan di kedai untuk isterinya. Dia bingkas bangun dari sisi katil dan berjalan menuju ke arah pintu bilik itu, sebelum dia keluar dari bilik itu, dia sempat menoleh semula ke arah isterinya yang sedang duduk di birai katil. "Sayang, kalau sayang nak apa-apa, sayang panggil aje abang."Zuriana Imani hanya mengangguk.Telefon bimbit yang dilemparkan di atas meja itu tadi berdering semul
"SAYANG..."Zuriana Imani menoleh ke kiri dan ke kanan seraya berpaling ke belakang memandang ke sekeliling mencari suara insan yang paling dicintainya, namun tiada tanda-tanda yang menunjukkan kelibat insan yang paling dicintai dan dirinduinya. Tiada apa yang dapat dilihatnya. Seluruh kawasan diterangi dengan cahaya putih yang sangat menyilaukan pandangan matanya. Seketika selepas itu, dia merasakan ada satu sentuhan di bahu kirinya, sepantas kilat dia menoleh ke arah itu."Abang?"Itu suaminya, wajah suaminya kelihatan sangat tenang dan berseri-seri dengan mengenakan jubah berwarna putih dan juga berkopiah putih. Sepantas kilat Zuriana Imani memeluk tubuh suaminya itu dan diikuti dengan tangisan hiba. Rayyan Zafrul hanya tersenyum namun tidak berkata apa-apa."Abang, jangan pergi tinggalkan saya! Saya tak sanggup meneruska
SEMASA doktor memeriksa keadaan Rayyan Zafrul, Zuriana Imani hanya mampu menunggu di luar bilik wad itu dengan penuh harapan agar suaminya kembali sedar."Zuriana, papa tahu menantu papa ni seorang yang kuat semangat dan tabah. Jangan bersedih ye... Ingat Tuhan itu ada," ujar Dato' Azahari cuba untuk menenangkan menantunya yang kelihatan agak sugul duduk di kerusi berhadapan dengan bilik wad itu.Zuriana Imani mengerling ke arah papa mertuanya itu seraya menyeka air matanya perlahan. "Baiklah papa." Dia menundukkan kepalanya seraya menggengam erat kalung rantai emas yang dihadiahkan oleh suaminya lapan bulan yang lalu. "Papa...""Ye?" sahut Dato' Azahari."Saya ada satu permintaan...""Zuriana nak minta apa? Papa akan cuba untuk tunaikan permintaan menantu papa ni," jawab Dato' Azahari seraya mencapai bahu kiri m
Empat tahun berikutnya...RAYYAN Zafrul balik agak lewat malam ini kerana banyak projek yang hendak diuruskan. Dia cepat-cepat menghabiskan kerjanya kerana tak sabar untuk bersama dengan isteri dan anak kesayangannya di rumah."Mama, papa lama lagi ke nak balik?" Damian Mikhail bertanya kepada mamanya."Papa sekarang dalam perjalanan baliklah sayang... sekejap lagi sampailah tu, Kenapa? Tak sabar tunggu papa balik ni? Mesti ada apa-apa ni," soal Zuriana Imani."Ada." Ringkas saja Damian Mikhail menjawab sambil bermain dengan permainan yang dibeli oleh Dato' Azahari untuk cucu kesayangannya."Eh, budak ni... Tak habis-habis, ini mesti Damian ada minta papa belikan mainan lagi ni, betul tak? Jangan bohong dengan mama.""Damian suruh papa belikan burger Mc'D," jawab Damia